Karmic Wheel Karmic Wheel

Narrator

Blog

20 January 2015

Catatan Kembara : Acheh 15 - 18 Januari 2015


sebentar tadi berkesempatan ke Masjid BaiturRahman.. sempat juga meninjau kesan kesan yg ditinggalkan rasukan tsunami sedekad yg lampau... antaranya sungai yang memisahkan Banda Acheh kepada 2 daerah.. sungai itu katanya mayat berjajaran sehingga air tak mampu mengalir ..

tahukah kalian wahai teman.. 
dari reruntuhan kota Acheh dibangunkan prasarana yang begitu tersusun.. pohon pohon besar dijalanan tidak ada yg berumur lebih dari 10 tahun dan dari ketinggian yg hampir sama maka pohon pohon ini bisa mencetuskan panorama yg kemas serta mendamaikan.. 



Tanahnya menjadi sangat subur sehingga sebiji ciku hampir menyamai saiz sebiji oren sunqist.. mangganya jumbo.. padinya sangat aktif dan masjid tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan... 

(walau harus wa beritakan betapa hampir tiada masjid yang benar benar siap sepenuhnya berkat sistem sedeqah yg diperkenalkan pasca tsunami dimana selagi bercurahan sedeqah selagi itu masjid akan diperbesarkan dan ditambah baik) wallahualam.. 

Namun begitu wahai teman yang baik.. 
apa yg lebih mencuit perasaan bilamana menyusur jalan besar di pusat bandar Acheh, tazkirah Jumaat diperdengarkan keseluruh kawasan kota melalui pembesar suara di atas Pasar Acheh.. dapatkah luorang bayangkan betapa indahnya? 

Melihat pada kekalutan para peniaga bila hampir tiba masuk waktu.. Lalu Pak Termizi yang tadinya sangat bersedia melayan segala pertanyaan sejak hari pertama kehadiran wa dibumi Nanggroe ini juga berubah resah.. katanya sebentar lagi seluruh Banda Acheh selain jalan ke Bandara akan macet.. 

'kita harus ke Seulimeum pak.. jadinya kita perlu beredar sekarang dan berhenti dimana mana masjid yg sempat nantinya' 

..owh.. kemudiannya baru wa tau... rupa rupanya bukan sekadar orang Muslim yang menutup kedainya sempena solat Jumaat malahan kaum tionghua juga turut memberhentikan perniagaan samada kedai mahupun pabrik demi menghormati ibadah Jumaat ini.. 

Subhanallah.. 

bicara ini semakin panjang.. wa stop dulu takut luorang bosan plak baca pepanjang.. cuma yang wa musykil.. ada ke sesape baca?? kah kah kah..

0 comments:

Post a Comment


Karmic Design by Insight © 2009